Sunday, 15 December 2013

TIPU ATAS TALIAN: TAKTIK POPULAR PENJENAYAH SIBER



Banyak yang dapat diolah melalui tajuk tipu atas talian ini. Menurut satu rencana di akhbar Utusan Malaysia jenayah siber kini berlaku pada setiap 0.25 saat dengan setiap seorang daripada lima pengguna Internet berisiko menjadi mangsanya. Tempat paling mudah bagi jenayah siber berlaku adalah melalui laman-laman web sosial. Hal ini termasuklah lambakan kes penipuan. Tipu melalui laman sosial ataupun secara atas talian ini boleh dikatakan menjadi satu” trend”  bagi penjenayah siber untuk memperoleh wang atau sesuatu manfaat daripada mangsa.
Berikut adalah satu laporan yang dikeluarkan di laman Utusan.com mengenai kes tipuan yang dilaporkan di negeri Pahang:





“KUANTAN 19 Nov. - Jumlah kes melibatkan penipuan yang dilaporkan di negeri ini meningkat sebanyak 98 kes daripada 361 kes dalam tempoh Januari sehingga Oktober tahun lalu kepada 459 kes dalam tempoh yang sama tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Azizan Md. Isa berkata, antara kes yang menyumbang kepada peningkatan itu adalah penipuan melalui laman web iaitu Mudah.my dan laman sosial Facebook.Menurutnya, kes penipuan melalui Mudah.my dan Facebook menunjukkan peningkatan daripada 88 kes tahun lalu kepada 151 kes tahun ini.
"Bagi kes penipuan dalam Mudah.my, sebanyak 71 kes berlaku bagi Januari sehingga Oktober tahun lalu meningkat kepada 85 kes untuk tempoh sama tahun ini manakala Facebook pula daripada hanya tujuh tahun lalu kepada 51 kes tahun ini.

"Polis meminta orang ramai agar berhati-hati apabila membuat pembelian melalui laman web termasuk Mudah.my dan Facebook. Kita dapat lihat daripada segi statistik kes penipuan yang berlaku semakin meningkat," katanya di sini hari ini.
Berhubung penyelesaian kes penipuan yang berlaku, Azizan berkata, daripada 361 kes yang dilaporkan pada tahun lalu, 297 kes berjaya diselesaikan manakala 424 kes diselesaikan daripada 459 kes pada tahun ini.

Sementara itu, katanya, pihaknya semalam menyerbu sebuah premis di Kuantan yang disyaki terlibat dalam penipuan gores dan menang serta menahan empat lelaki berusia lingkungan 20-an.
Beliau berkata, pihaknya juga merampas beberapa barangan yang digunakan sindiket itu antaranya mesin pengurut, sistem teater rumah, tilam jade, buku fail katalog promosi, buku resit pelanggan dan kad cabutan bertuah.




"Modus operandi digunakan adalah ahli sindiket ini mendekati mangsa dan meminta mangsa membuka sekeping kad cabutan bertuah, mangsa selepas itu diperdaya apabila ditawarkan hadiah lumayan seperti kenderaan tetapi dikenakan syarat iaitu mangsa perlu membeli barangan mereka," katanya.
Menurutnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan, pelaku boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda. Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran barangan yang kononnya telah dimenangi sebaliknya segera mendapatkan nasihat pihak polis jika meragui tawaran itu.” 

Apa yang dapat dirumuskan melalui artikel ini adalah peningkatan kes tipuan melalui atas talian semakin lama semakin menjadi barah dalam masyarakat kita dan hal ini bukan saja menular bebas dalam negara kita sahaja tapi iannya menjadi satu isu global yang hangat diperdebatkan.

Selain daripada kes tipuan dalam peniagaan seperti di mudah.my terdapat juga kes tipuan yang melibatkan individu terhadap individu yang lain untuk mendapatkan wang secara mudah malahan terdapat kes dimana seorang perempuan diperdaya oileh rakan facebooknya untuk berjumpa disuatu tempat dan “rakannya” itu bertindak diluar jangkaan dengan melakukan cubaan untuk memperkosa perempuan tersebut.
Seterusnya, satu lagi contoh kes tipu yang berlaku di Kota Baharu, seorang guru wanita kerugian RM15,000 selepas dipercayai ditipu seorang kenalan melalui laman sosial Facebook. Hal ini dipercayai berlaku selepas guru wanita dari Taman Uda Murni, berkenalan dengan seorang lelaki yang dipercayai berasal dari Iraq. 

 Sebagaimana  yang kita ketahui, sememangnya ada peruntukan undang-undang jenayah bagi kes-kes seperti ini. Walhal dalam Kanun Keseksaan juga memperuntukan seksyen khusus bagi menangani masalah tipu ataupun “fraud” ini. Tetapi yang menjadi isu atau masalah adalah mengenai pelaksanaan secara efektif undang-undang yang sedia ada seperti Undang-Undang Jenayah Siber serta undang-undang yang sama waktu dengannya. Umum ketahui, CyberSecurity Malaysia adalah pusat pakar keselamatan siber nasional di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang mengendalikan Pusat Bantuan Cyber999 bagi membanteras jenayah siber.

Perkhidmatan Pusat Bantuan Cyber999 diwujudkan pada Julai lalu bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai serangan siber. Bagi tahun ini, sehingga akhir bulan lalu, lebih 700 aduan diterima oleh pusat bantuan tersebut.Sepanjang tahun lalu, CyberSecurity menerima sejumlah 3,564 kes laporan dengan 1,022 atau satu pertiga merupakan kes penipuan dan pemalsuan. Jelas Adli, pengguna Internet yang curiga dengan sebarang e-mel yang diterima boleh memaklumkannya kepada Pusat Bantuan Cyber999 dengan melayari laman web www.cybersecurity.my
Tuntasnya, masyarakat perlu mengambil langkah berjaga-jaga dalam berurusan mahupun berkenalan dengan seseorang melalui atas talian dan segera bertindak apabila sedar satu penipuan telah berlaku. 

FATHEEN HUSNA ABDULLAH




6 comments:

  1. Pada pandangan Husna, macam mana kita nak tahu tentang kesahihan suatu blog itu?

    ReplyDelete
  2. Saya selalu juga purchase barang secara online. Begitu juga dengan adik saudara saya yang memang sukakan online shopping. Bagus info ini Husna. Kita tahu hak sebagai pengguna. Teruskan berkongsi husna :)

    ReplyDelete
  3. Maksud mango? Kesahihan maklumat sesuatu blog? Jika ianya berkaitan dengan kesahihan maklumat, pada pandangan saya perlulah diteliti latar blakang blogger tersebut apakah wajar atau maklumat yg disampaikan itu sejajar dgn bidangnya. Maklumat tersebut mestilah berpaksikan asas atau base yg kukuh iaitu mempunyai link sumber yg sah. Jika blog tersebut hanya membicarakan tntg isu2 yg melibatkan pandangan maka pengguna sendiri harus bijak memilih dan menapis maklumat atau pandangan tersebut.,

    ReplyDelete
  4. skrg ni makin ramai yg beli on9 dan makin ramai jugak kne tipu. ini fraud kah?

    ReplyDelete
  5. Fraud apa yg saya boleh simpulkan disini
    1..      Tindakan tersebut dilakukan oleh pelaku secara sengaja 2.      Adanya mangsa 3. mangsa menuruti kemahuan pelaku/penipu.      4. Adanya kerugian yang dialami oleh mangsa.
    Maka jika dikaitkan dgn soal pembelian secara on9 jika pembekal atau peniaga sendiri yg sengaja ataupun memang berniat untuk mengambil interest atau faedah ataupun benefit daripada mangsa/pelanggan. Dia mgkin dikatakan melakukan fraud.
    Maaf jika penerangan kabur atau tidak tepat :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih ats penerangan anda saudari husna :)

    ReplyDelete