Wednesday, 18 December 2013

JENAYAH SIBER : MENCARI SUATU PENYELESAIAN

Dalam mencari penyelesaian melibatkan isu jenayah siber ini, perlu diingat betapa tiada suatu cara yang mutlak bagi mengatasi masalah ini secara total. Hal ini kerana, jenayah siber ini merupakan suatu perkara yang tidak boleh diramal, ia merupakan sebuah jenayah era baru yang berkembang dan berevolusi seiring dengan perkembangan dunia teknologi. Jadi, apa yang boleh dilakukan adalah mencari suatu jalan bagi mengurangkan kadar jenayah siber dan mengurangkan impak negatifnya terhadap mangsa-mangsa jenayah siber ini. Dalam merealisasikan perkara ini, usaha daripada satu pihak sahaja tidak cukup, sebaliknya kita memerlukan gabungan tenaga dari pihak yang pelbagai dengan menggunakan metod yang bervariasi bagi menghadapi permasalahan jenayah siber ini. Antara cara menghadapi permasalahan ini adalah dengan mewujudkan undang-undang dan undang-undang ini perlu disokong oleh pihak-pihak tertentu terutamanya daripada pihak masyarakat, kerajaan dan juga badan bukan kerajaan.

UNDANG-UNDANG

  Dalam mengatasi masalah jenayah siber ini, antara jalan penyelesaian utama adalah dengan menggunakan undang-undang sebagai garis panduan dan bertujuan untuk mengawal sebarang pelanggaran terhadap garis panduan yang telah ditetapkan. Sekiranya, masih berlaku perlanggrana maka pesalah akan menerima hukuman yang berbentuk denda mahupun hukuman penjara. Bilamana, pesalah tersebut menerima hukumannya, ianya secara tidak langsung mampu memberi kesedaran kepada masyarakat untuk tidak mengulang kembali kesilapan yang sama. Maka, untuk mengatasi permasalah jenayah siber ini, beberapa undang-undang telah digubal seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Teleperubatan 1997 dan juga Akta Hak Cipta. Undang-undang yang pelbagai ini adalah perlu bagi menghadapi jenayah siber yang luas sifatnya dan merangkumi pelbagai bentuk dan cara.

BADAN KERAJAAN



  Kerajaan juga memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah jenayah siber ini. Antara usaha yang telah dilaksanakan adalah dengan mewujudkan agensi khas seperti Cyber Security yang merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Cyber security telah menjalankan pelbagai usaha bagi menghadapi permasalahan melibatkan jenayah siber ini, antaranya adalah Cyber999 yang merupakan perkhidmatan yang memudahkan laporan dibuat oleh pengguna apabila berhadapan masalah dari segi siber seperti gangguan, pencerobohan dan penipuan. Malahan, Cyber Security turut melaksanakan pelbagai usaha-usaha lain seperti 1Malaysia Cyber Security Clinic, Cyberguru: Information Security Professional Training, MyCert dan sebagainya. Usaha-usaha ini adalah penting daslam usaha memberi kesedaran dan engetahuan kepada para pengguna dan masyarakat mengenai jenayah siber dan cara mengatasi permasalahan tersebut.

BADAN BUKAN KERAJAAN 

  Kewujudan undang-undang dan usaha dari pihak kerajaan sahaja tidak mencukupi bagi menghadapi isu jenayah siber ini, sebaliknya ia juga memerlukan kerjasama badan bukan kerajaan tidak kiralah pihak NGO, organisasi-organisasi, pihak media mahupun masyarakat secara keseluruhannya. Hal ini kerana, pemahaman dan pengetahuan rakyat mengenai jenayah siber ini perlu dibentuk agar mereka mengetahui hak mereka selain mengetahui kesalahan-kesalahan yang wujud ketika mengendalikan alam maya.

Antara usaha yang dapat dilihat yang dilaksanakan oleh badan bukankerajaan adalah usaha dari syarikat perisian keselamatan, Trend Micro Incorporated, yang telah melancarkan inisiatif kemasyarakatan keselamatan Internet, - ‘Trend Family’, bertujuan mendidik keluarga, belia dan kanak-kanak di Malaysia untuk melindungi kehidupan digital mereka.  Hal ini adalah sejajar dengan agenda kebangsaan untuk mempromosi keselamatan siber dan amalan selamat dalam alam maya, Trend Micro, bekerjasama dengan Cyber Security Malaysia (CSM) dan International Telecommunications Union’s International Multilateral Partnership Against Cyber Threats (ITU-IMPACT) untuk mendekati rakyat mewujudkan pengalaman digital lebih selamat. ‘Trend Family’ adalah sebuah keluarga maya terdiri daripada kehidupan sebenar rakyat Malaysia yang berkongsi pengalaman peribadi di siber yang berkongsi panduan mengenai perlindungan kehidupan digital peribadi, ahli keluarga menerusi perkongsian acara dan seminar sama ada dalam bentuk artikel, blog dan media sosial.

Selain itu, pihak media juga turut memainkan peranan penting dalam memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai jenayah siber dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, Berita Harian telah dilantik sebagai Rakan Kempen Jenayah Siber bersama 10 agensi lain menerusi inisiatif yang dilancarkan Universiti Lim Kok Wing. Hal ini membolehkan pihak akhbar sebegini lebih focus dalam memberikan maklumat berkaitan jenayah siber ini.
Kesimpulannya, undang-undang tidak mampu bergerak sendiri tanpa dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan, dan dasar ini tidak akan berjaya tanpa penglibatan dan penerimaan oleh mesyarakat. Maka, ketiga-tiga perkara ini perlu bergerak seiring untuk mengatasi masalah jenayah siber ini.

MohamadAzlan Basri

2 comments:

  1. terima kasih ats perkongsian saudara azlan. sy percaya post di atas ini sgt membantu rakan-rakan yang mnjadi mangsa jenayah siber. cuma yg perlu ada selain maklumat di atas ialah kekuatan utk melaporkan jenayah siber tersebut. :)

    ReplyDelete
  2. Semua pihak perlu sedar tanggungjawab masing2. Kita semua perlu berhemah dan berhati hati ketika menggunakan laman sosial supaya tidak terjebak dgn maslah yg tidak diingini.
    Apabila berlaku sesuatu, kita tidak seharusnya menuding jari menyalahkan org lain.
    Terima kasih atas perkongsian maklumat :)

    ReplyDelete