Wednesday, 11 December 2013

Apa itu Jenayah Siber?



Jenayah Siber? Isu ini bukanlah isu yang baru timbul dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara kita. Isu ini sebenarnya telah lama diperkatakan, terutamanya selepas pelancaran Koridor Raya Multimedia. Sejak meluasnya penggunaan teknologi internet, segala perkembangan mengenai komputer khususnya era siber semakin mendapat perhatian dan diterbitkan melalui laman-laman web. Antara isu yang klise yang ada adalah kemunculan penjenayah siber yang dikenali sebagai 'hacker'. Kini kita dapat lihat golongan penceroboh komputer ini semakin aktif melaksanakan 'kerja' mereka menerusi siber. 


Kevin Mitnick, hacker US pada tahun 1995
Sumber Gambar : Google



Terdapat pelbagai kategori jenayah siber. Secara menyeluruh, jenayah siber dapat dibahagikan kepada 1. Jenayah Siber terhadap harta benda
2. Jenayah Siber terhadap manusia
3. Jenayah Siber terhadap siber.

1. Jenayah Siber terhadap harta benda

a) Curi
-Jenayah ini melibatkan penjenayah terlibat dengan jenayah curi maklumat, curi wang, curi harta dan juga curi perkhidmatan. Jenayah curi jenis ini adalah sama dari segi konsepnya dengan jenayah curi yang dilakukan secara biasa. Perbezaannya hanya pada pendekatan dimana pencuri di alam siber melakukan aktiviti mencuri menggunakan pendekatan yang tidak nampak

b) Tipuan
-Bagi jenayah siber kategori ini pula penjenayah menggunakan kenyataan palsu dan juga salahnyataan bagi memujuk mangsa untuk berpisah daripada hartanya atau lain-lain barang berharga secara sukarela. Perlakuan jenayah sebegini seringkali berlaku di alam siber melalui internet dalam bentuk sistem piramid atau pemasaran pelbagai peringkat, peluang perniagaan atau francais, lelongan, jualan besar-besaran, tawaran kad kredit, pinjaman pendahuluan dan juga peluang pekerjaan. Melalui medium ini, penjenayah menggunakan internet bagi menyampaikan kenyataan palsu kepada mangsa, kenyataan itu kemudiannya dikomunikasikan melalui laman web atau di e-mel terus kepada si mangsa.

c) Pemalsuan
-Jenayah siber pemalsuan di alam siber ini juga bermaksud  dengan niat meminda sesuatu dokumen dan/atau dengan niat menggunakan dokumen yang dipinda bagi tujuan memperdaya seseorang. Penjenayah siber tersebut boleh menggunakan komputer bagi meminda atau mencipta dokumen bertulis atau dokumen elektronik yang palsu yang disiarkan di laman web biasanya.

d) Khianat
-Jenayah siber khianat ini termasuk lah virus komputer, vandalisma siber, pencerobohan jenayah(cyber trespass), rompakan dan yang seangkatan dengannya.

2. Jenayah Siber terhadap Manusia

a) Pengedaran Bahan-bahan lucah
-Seperti yang kita semua tahu, isi kandungan laman web yang paling popular di internet adalah melibatkan paparan bahan-bahan lucah sama ada dalam bentuk gambar, kesan bunyi, filem animasi mahupun cerita seksual. Bahan-bahan ini mudah didapati dan kadangkala tiada sekatan langsung untuk pengguna memperoleh bahan-bahan lucah tersebut. 

b) Aktiviti Pornografi
-Selain daripada pornografi sebagai bahan lucah, kegiatan pornografi itu sendiri merupakan kesalahan jenayah. Sebagai contoh, kegiatan pornografi yang kerap berlaku adalah persetubuhan haram, seks dengan kanak-kanak, kegiatan lesbian dan juga homoseksual serta kegiatan seks manusia dengan haiwan. Permasalahan pornografi yang melibatkan internet ini sebenarnya menimbulkan sedikit masalah kerana sifat internet itu sendiri yang tidak bersempadanan menyebabkan ketidakpastian sama ada ia menjadi satu kesalahan jenayah ataupun tidak. Jadi kita dapat lihat ada sedikit kesukaran dalam membuktikan jenayah pornografi ini menerusi alam siber.

c)Pemburuan siber(cyber-stalking)
-Aktiviti ini sudah menjadi trend dalam era globalisasi masa kini. Tidak dinafikan, ramai antara kita yang melakukan aktiviti ini yang kita tidak tahu bahawa ianya merupakan salah satu daripada jenayah siber. Apa yang lebih teruk, ia mengganggu kehidupan seseorang dengan cara mengugut atau menakut-nakutkan mangsa. Disini kita dapat lihat terdapat tujuan yang tidak baik.

d)Gangguan siber
- Perbuatan gangguan siber ini boleh dilakukan dengan menghantar mesej seperti gambar-gambar lucah dan juga mesej-mesej yang boleh menyebabkan si penerima mesej terganggu. Gangguan seperti ini dikomunikasikan melalui e-mel, penggunaan laman web dan juga dalam ruangan sembang )chat program).


Jenayah dan Statut Tradisional yang Relevan bagi Mengawal Jenayah Siber.

1. Jenayah Menakutkan Secara Jenayah 
- Seksyen 503 Kanun Kesiksaan

2. Jenayah Khabar Angin / Kenyataan Khianat 
- Seksyen 505 Kanun Kesiksaan
-  Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
  • berita penyebaran tentang kemungkinan berlakunya rusuhan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur    dan ianya tersebar luas dan hampir kesemua pemilik komputer yang mempunya e-mel telah menerima berita tersebut 
3.  Jenayah Fitnah
- Seksyen 499-502 Kanun Kesiksaan
- Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

4. Jenayah Gangguan Seksual
- Seksyen 354 & Seksyen 509 Kanun Kesiksaan

5. Jenayah Pornografi
- Seksyen 292, Seksyen 372-377 Kanun Kesiksaan 
- Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973
- Seksyen 2 & Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 
- Seksyen 21 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997

 



Sumber : Jenayah Berkaitan Dengan Komputer Perspektif Undang-undang Malaysia
               Anita Abdul Rahim & Nazura Abdul Manap 


Ditulis oleh : Nur Amalina Binti Ahmad Nazeri

6 comments:

  1. Info yang berguna buat pencinta alam siber :)

    ReplyDelete
  2. cybercrimes rate kt Malaysia sekarang naik. orang kita mcm 'obsess' utk buat jenayah di internet. adakah kerana undang-undang itu sendiri tidak dikuatkuasakn dgn sepenuhnya? atau Malaysians tak aware dgn kesalahan yang mereka lakukan?

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan pndangn farah sanusi. Dan adakah mgkin apabila seseorang menjadi mangsa jenayah siber mereka tidak tahu atau tidak berani utk melaporkan kepada pihak berkuasa sejajar dgn mklumat yg diberi pada previous post mengenai peningkatan peratusan jenayah siber namun tidak ramai/banyak penjenayah siber ini dapat ditangkap oleh pihak berkuasa. Adakah undang2 yang kita punya tidak praktikal?

    ReplyDelete
  4. sy setuju dgn pendapat di atas di mana 'mangsa mungkin tidak tahu atau tidak berani.' cyber law di malaysia bukan lah tidak praktikal cuma penguatkuasaannya kurg dan pengguna siber juga tidak terdedah dgn undang-undang siber. jika tidak praktikal, undang-undang kita mengikut undang-undang inggeris yang mana penguatkuasaannya di sana adalah secara menyeluruh.
    sy ada pendapat bagaimana utk menguar-uarkn mengenai cyber law. letak sahaja iklan2 kecil di facebook yg mana tertulis talian utk aduan jenayah cyber.

    ReplyDelete
  5. setuju dengan saudari farah sanusi. Iklan-iklan kecil di facebook ataupun di blog dimana tertera talian untuk aduan jenayah cyber perlu diwujudkan. "report page" ataupun "report spam" tidak mencukupi kerana saya rasa ianya tidak praktikal

    ReplyDelete
  6. kenapa tak terangkan...jika berlaku jenayah siber ini Jabatan /Kementeria mana yang patut rakyat hubungi?..Jika POLIS...kat mana satu ..POLIS ada banyak cawangan...?Jadi bukankah lebih baik web kamu terangkan itu dulu dari buang masa ceriat pasal Jenayah siber....

    ReplyDelete