Thursday, 28 November 2013







Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Syukur ke hadrat ilahi kerana limpah dan kurnianya kami berjaya menghasilkan satu blog bertujuan melengkapkan tugasan bagi subjek Undang-Undang Siber sesi 2013/2014.

Setinggi-tinggi penghargaan kami berikan buat kedua-dua pensyarah Undang-undang Siber iaitu Dr. Mohamad Rizal Bin Abdul Rahman dan juga Prof Madya Dr. Nazura Bt Abdul Manap atas tunjuk ajar yang diberikan kepada kami sekumpulan dalam menyampaikan ilmu berkenaan dengan Undang-undang Siber sehinggalah kami berjaya membuat satu blog yang juga merupakan hasil tunjuk ajar mereka. Terima kasih kami ucapkan.

Terima kasih juga buat semua yang telah menyokong secara langsung mahupun tidak langsung.

Tema yang telah kami pilih adalah berkaitan dengan Jenayah Siber : Suatu Penyakit. Fokusnya adalah kepada isu-isu jenayah siber dan juga undang-undang yang berkaitan di Malaysia. Segala pandangan dan cadangan boleh diajukan di ruangan "comment"

Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment