Monday, 9 December 2013

JENAYAH SIBER : SUATU PENYAKIT


“Laporan Ancaman Keselamatan Sophos 2013 yang berpangkalan di Amerika Syarikat dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini telah melaporkan betapa Malaysia berada di tangga keenam  dunia sebagai sebuah negara yang berisiko tinggi terdedah kepada ancaman jenayah siber”


“Sepanjang Januari hingga Jun 2013, sebanyak lebih 5592 telah dilaporkan kepada CyberSecurity yang melibatkan jenayah siber dalam kalangan pengguna internet. Jumlah ini dijangka akan terus meningkat berdasarkan trend penggunaan internet dalam kalangan rakyat Malaysia.”


“Jenayah siber kian meningkat sehingga 88 peratus pada 2012, berbanding hanya 8090 kes pada tahun 2011. Ini hanya kes dilaporkan, namun masih ada banyak lagi kes jenayah siber belum dilaporkan kepada pihak berkuasa yang memantau kes ini.”


Laporan-laporan diatas telah memperlihatkan bagaimana Jenayah Siber kian menjadi suatu perkara yang serius dan membimbangkan dalam kalangan masyarakat. Malahan, sekiranya ianya tidak diatasi dengan sebaik mungkin, ia bakal mengganggu-gugat kestabilan sesebuah negara bilamana jenayah era baru ini menjadi liabiliti terhadap imej negara tersebut. Bayangkan, apabila dilabelkan sebagai sebuah negara yang bermasalah dari segi jenayah siber bilamana berleluasanya penipuan atas talian, pencerobohan, spam dan sebagainya, sudah semestinya imej negara tersebut tercemar dan bakal menyebabkan hilangnya kredibiliti negara tersebut.

Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan Jenayah Siber ini? Jenayah Siber merupakan perlakuan jenayah dan perlanggaran undang-undang yang menggunakan komputer melalui aplikasi internet . Antara contoh jenayah siber adalah penipuan, pengubahsuaian ke atas data, kecurian maklumat, capaian tanpa kuasa, pengintipan, judi siber, penyebaran virus dan penggodaman. Ini adalah antara contoh-contoh jenayah siber yang sering kita dengari terjadi dalam kalangan  masyarakat dan pengguna internet di Malaysia.

Dalam membicarakan isu ini, jenayah siber dikatakan sebagai suatu penyakit melihatkan kepada kewujudan impak negatif akibat daripada perlakuan jenayah ini. Kita perlu sedia maklum betapa jenayah siber ini merupakan suatu bentuk jenayah era baru yang berkembang dan berubah dan mengikut peredaran masa. Bagaimana berkembngnya jenayah siber ini, begitulah juga kesannya. Jika dahulu, impak negatifnya hanyalah kepada individu yang melibatkan pencerobohan maklumat peribadi , namun pada hari ini, ia kian berkembang sehinggalah memberi kesan kepada institusi kewangan dalam isu penipuan perbankan dan juga sesebuah Negara seperti kebocoran maklumat dalaman akibat pencerobohan. Perkara ini memperlihatkan bagaimana jenayah siber sebenarnya sebuah penyakit ibarat sebuah luka yang bakal menjadi barah seandainya tidak dirawat dengan sebaik mungkin.

Maka, dalam blog ini, akan diperlihatkan contoh-contoh jenayah siber dan bagaimana ianya memberi impak negatif sehingga dianggap sebagai suatu penyakit. Malahan, kita juga akan melihat bagaiman penyakit ini mampu dirawati melalui kerjasama individu. masyarakat, kerajaan, badan bukan kerajaan dan juga melalui kewujudan undang-undang yang berkaitan.


                                                                                              

                                                                                                            -Mohamad Azlan Bin Basri-

3 comments:

  1. kita tak tahu sejauh mana jenayah siber ini akan berkembang. mungkin dalam masa terdekat ni akan wujud jenayah siber yang lain di mana sesuatu yg tidak menjadi kesalahan akan jd kesalahan jika disalah guna.

    ReplyDelete
  2. Pada pndapat saya, harus dititikberatkan soal keselamatan negara dari segi pertahanan dan sebagainya. Amatlah tidak selamat bila mengetahui peratusan jenayah siber makin meningkat tetapi tahap keselamatan masih tidak boleh mencapai tahap yg sewajarnya.

    ReplyDelete
  3. ada bermacam-macam jenis jenayah siber. seiring dengan perkembangan teknologi sekarang, saya dapat rasakan jenayah siber yang pelik-pelik akan muncul pada masa hadapan. kita perlu banteras dengan segera

    ReplyDelete