Wednesday, 18 December 2013

JENAYAH SIBER : MENCARI SUATU PENYELESAIAN

Dalam mencari penyelesaian melibatkan isu jenayah siber ini, perlu diingat betapa tiada suatu cara yang mutlak bagi mengatasi masalah ini secara total. Hal ini kerana, jenayah siber ini merupakan suatu perkara yang tidak boleh diramal, ia merupakan sebuah jenayah era baru yang berkembang dan berevolusi seiring dengan perkembangan dunia teknologi. Jadi, apa yang boleh dilakukan adalah mencari suatu jalan bagi mengurangkan kadar jenayah siber dan mengurangkan impak negatifnya terhadap mangsa-mangsa jenayah siber ini. Dalam merealisasikan perkara ini, usaha daripada satu pihak sahaja tidak cukup, sebaliknya kita memerlukan gabungan tenaga dari pihak yang pelbagai dengan menggunakan metod yang bervariasi bagi menghadapi permasalahan jenayah siber ini. Antara cara menghadapi permasalahan ini adalah dengan mewujudkan undang-undang dan undang-undang ini perlu disokong oleh pihak-pihak tertentu terutamanya daripada pihak masyarakat, kerajaan dan juga badan bukan kerajaan.

UNDANG-UNDANG

  Dalam mengatasi masalah jenayah siber ini, antara jalan penyelesaian utama adalah dengan menggunakan undang-undang sebagai garis panduan dan bertujuan untuk mengawal sebarang pelanggaran terhadap garis panduan yang telah ditetapkan. Sekiranya, masih berlaku perlanggrana maka pesalah akan menerima hukuman yang berbentuk denda mahupun hukuman penjara. Bilamana, pesalah tersebut menerima hukumannya, ianya secara tidak langsung mampu memberi kesedaran kepada masyarakat untuk tidak mengulang kembali kesilapan yang sama. Maka, untuk mengatasi permasalah jenayah siber ini, beberapa undang-undang telah digubal seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Teleperubatan 1997 dan juga Akta Hak Cipta. Undang-undang yang pelbagai ini adalah perlu bagi menghadapi jenayah siber yang luas sifatnya dan merangkumi pelbagai bentuk dan cara.

BADAN KERAJAAN



  Kerajaan juga memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah jenayah siber ini. Antara usaha yang telah dilaksanakan adalah dengan mewujudkan agensi khas seperti Cyber Security yang merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Cyber security telah menjalankan pelbagai usaha bagi menghadapi permasalahan melibatkan jenayah siber ini, antaranya adalah Cyber999 yang merupakan perkhidmatan yang memudahkan laporan dibuat oleh pengguna apabila berhadapan masalah dari segi siber seperti gangguan, pencerobohan dan penipuan. Malahan, Cyber Security turut melaksanakan pelbagai usaha-usaha lain seperti 1Malaysia Cyber Security Clinic, Cyberguru: Information Security Professional Training, MyCert dan sebagainya. Usaha-usaha ini adalah penting daslam usaha memberi kesedaran dan engetahuan kepada para pengguna dan masyarakat mengenai jenayah siber dan cara mengatasi permasalahan tersebut.

BADAN BUKAN KERAJAAN 

  Kewujudan undang-undang dan usaha dari pihak kerajaan sahaja tidak mencukupi bagi menghadapi isu jenayah siber ini, sebaliknya ia juga memerlukan kerjasama badan bukan kerajaan tidak kiralah pihak NGO, organisasi-organisasi, pihak media mahupun masyarakat secara keseluruhannya. Hal ini kerana, pemahaman dan pengetahuan rakyat mengenai jenayah siber ini perlu dibentuk agar mereka mengetahui hak mereka selain mengetahui kesalahan-kesalahan yang wujud ketika mengendalikan alam maya.

Antara usaha yang dapat dilihat yang dilaksanakan oleh badan bukankerajaan adalah usaha dari syarikat perisian keselamatan, Trend Micro Incorporated, yang telah melancarkan inisiatif kemasyarakatan keselamatan Internet, - ‘Trend Family’, bertujuan mendidik keluarga, belia dan kanak-kanak di Malaysia untuk melindungi kehidupan digital mereka.  Hal ini adalah sejajar dengan agenda kebangsaan untuk mempromosi keselamatan siber dan amalan selamat dalam alam maya, Trend Micro, bekerjasama dengan Cyber Security Malaysia (CSM) dan International Telecommunications Union’s International Multilateral Partnership Against Cyber Threats (ITU-IMPACT) untuk mendekati rakyat mewujudkan pengalaman digital lebih selamat. ‘Trend Family’ adalah sebuah keluarga maya terdiri daripada kehidupan sebenar rakyat Malaysia yang berkongsi pengalaman peribadi di siber yang berkongsi panduan mengenai perlindungan kehidupan digital peribadi, ahli keluarga menerusi perkongsian acara dan seminar sama ada dalam bentuk artikel, blog dan media sosial.

Selain itu, pihak media juga turut memainkan peranan penting dalam memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai jenayah siber dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, Berita Harian telah dilantik sebagai Rakan Kempen Jenayah Siber bersama 10 agensi lain menerusi inisiatif yang dilancarkan Universiti Lim Kok Wing. Hal ini membolehkan pihak akhbar sebegini lebih focus dalam memberikan maklumat berkaitan jenayah siber ini.
Kesimpulannya, undang-undang tidak mampu bergerak sendiri tanpa dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan, dan dasar ini tidak akan berjaya tanpa penglibatan dan penerimaan oleh mesyarakat. Maka, ketiga-tiga perkara ini perlu bergerak seiring untuk mengatasi masalah jenayah siber ini.

MohamadAzlan Basri

Kegilaan Peminat Terhadap Selebriti(Budaya Pencerobohan Maklumat Peribadi) dan juga Kesan Terhadap Kehidupan Sosial Artis.


Dewasa ini ianya seakan menjadi suatu kebiasaan bagi golongan selebriti khususnya penyanyi dan juga pelakon untuk mempromosikan diri serta produk diri mereka melalui media sosial. Dengan kepesatan pembangunan teknologi maklumat dan juga munculnya alat komunikasi mudah alih berkuasa tinggi seperti komputer tablet, telefon pintar dan sebagainya, tiada lagi masalah timbul dalam mencapai rangkaian internet. Tempat, masa dan alat bukan lagi suatu kekangan komunikasi dan ini menjadikan seseorang itu terlalu terbuka di kalangan pengguna Internet. Seorang artis itu sering dilabel sebagai hak milik awam, dan ini menjadikan orang awam amat berminat dalam mengetahui perkembangan terbaru kehidupan artis terbabit bukan sahaja dari segi professional malahan peribadi juga.
            Melihat kepada hal ini, kecenderungan seorang artis itu untuk berkongsi mengenai hal peribadinya juga adalah tinggi sementelah melalui kaedah itu sahaja mereka berkemungkinan berpeluang dalam memperolehi peminat baru. Sikap sebegini tanpa disedari sebenarnya telah melahirkan satu golongan yang terlalu fanatik terhadap diri artis tersebut sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja dalam menjadi golongan pertama yang mengetahui sebarang perkembangan terbaru artis terbabit.
            Golongan yang obsess dengan artis ini sebenarnya sangat menakutkan kerana mereka dalam memastikan keinginan mereka dapat dipenuhi secara tidak langsung telah menyakiti diri serta imej artis di mata orang awam yang lain. Dalam mencapai matlamat untuk menjadikan artis itu hak milik mereka sepenuhnya, seringkali golongan ini melampaui batasan, antara seorang peminat dengan artis. Mereka akan menggunakan segala medium yang ada dalam usaha untuk membuat seorang artis itu sedar akan kehadiran mereka. Sebagai contohnya, terdapat banyak kes yang terjadi di Malaysia, yang mana ada di kalangan peminat menceroboh masuk ke dalam rumah artis terbabit dan memasang kamera litar tertutup di ruang legar peribadi rumah berkenaan, antara kes yang pernah direkodkan adalah yang melibatkan pelakon jelita, Nasha Aziz.
            Arus kemodenan telah membawa perubahan dalam cara yang digunakan oleh golongan ekstremis ini untuk mengakses maklumat peribadi artis yang mereka kononnya sayangi, contohnya, budaya menceroboh masuk laman sosial peribadi, komputer dan juga pelbagai lagi akaun peribadi yang penting seperti akaun bank. Melalui golongan ini juga, timbul satu keadaan di mana media massa menggunakan maklumat yang mereka perolehi dalam mencipta gosip-gosip hebat yang mampu melariskan akhbar atau majalah mereka. Kitaran ini sebenarnya mendatangkan kesan yang buruk terhadap diri artis terbabit samaada secara fizikal mahupun emosi mereka kerana selalunya berita yang tersebar merupakan suatu yang terlalu besar dan mampu membawa kepada kehancuran karier artis terbabit.
            Antara nama-nama besar yang terlibat dengan situasi sebegini adalah seperti penyanyi Indonesia, Ariel Peterpan dan juga kekasihnya iaitu pelakon, Luna Maya yang video hubungan terlampau mereka telah disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab menerusi penggodaman fail di dalam komputer Ariel. Ariel telah dipenjara kesan daripada penyebaran video ini. Ikon antarabangsa yang lain yang terlibat adalah seperti salah seorang anggota kumpulan lelaki Korea,Super Junior iaitu Eun Hyuk, yang mana menerusi akaun twitternya telah dikemaskini satu status yang mana membawa kepada penyebaran gambar bogel seorang lagi peserta rancangan realiti di Korea dan melalui tindakan golongan ekstremis ini, Eun Hyuk terpaksa mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka bagi membetulkan persepsi orang awam yang mengikutinya di twitter. Manakala kes yang melibatkan pencerobohan akaun bank pula adalah seperti apa yang terjadi terhadap pelakon, Lisa Surihani yang lesap RM50000 dalam sekelip mata. Mungkin terdapat banyak lagi kes yang terjadi yang tidak diperbesar-besarkan demi menjaga maruah dan juga karier mereka yang terlibat.


            Justeru itu wajarlah penguatkuasaan undang-undang terhadap jenayah siber diperketatkan lagi dan melindungi golongan yang merupakan ‘public figure’ ini kerana keberangkalian mereka untuk difitnah adalah tinggi. Melindungi di sini bukan membawa maksud memberi mereka satu hak atau imuniti terhadap tuduhan-tuduhan lain yang mungkin akan terjebak sama jika didapati bersalah, namun untuk memberi takrifan yang lebih besar dari segi apakah perkara yang disebarkan oleh penggodam dan hukuman yang menanti mereka, kerana mungkin penyebaran itu sebenarnya membawa satu masalah yang sangat besar kepada golongan artis itu sehingga kehilangan kerja, orang sekeliling serta kepercayaan terhadap diri sendiri yang mana mungkin membawa kepada pengakhiran yang lebih besar dan tidak diingini oleh semua pihak terbabit seperti bunuh diri.

Noor Munirah Abdullah Sani

Sunday, 15 December 2013

TIPU ATAS TALIAN: TAKTIK POPULAR PENJENAYAH SIBER



Banyak yang dapat diolah melalui tajuk tipu atas talian ini. Menurut satu rencana di akhbar Utusan Malaysia jenayah siber kini berlaku pada setiap 0.25 saat dengan setiap seorang daripada lima pengguna Internet berisiko menjadi mangsanya. Tempat paling mudah bagi jenayah siber berlaku adalah melalui laman-laman web sosial. Hal ini termasuklah lambakan kes penipuan. Tipu melalui laman sosial ataupun secara atas talian ini boleh dikatakan menjadi satu” trend”  bagi penjenayah siber untuk memperoleh wang atau sesuatu manfaat daripada mangsa.
Berikut adalah satu laporan yang dikeluarkan di laman Utusan.com mengenai kes tipuan yang dilaporkan di negeri Pahang:





“KUANTAN 19 Nov. - Jumlah kes melibatkan penipuan yang dilaporkan di negeri ini meningkat sebanyak 98 kes daripada 361 kes dalam tempoh Januari sehingga Oktober tahun lalu kepada 459 kes dalam tempoh yang sama tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Azizan Md. Isa berkata, antara kes yang menyumbang kepada peningkatan itu adalah penipuan melalui laman web iaitu Mudah.my dan laman sosial Facebook.Menurutnya, kes penipuan melalui Mudah.my dan Facebook menunjukkan peningkatan daripada 88 kes tahun lalu kepada 151 kes tahun ini.
"Bagi kes penipuan dalam Mudah.my, sebanyak 71 kes berlaku bagi Januari sehingga Oktober tahun lalu meningkat kepada 85 kes untuk tempoh sama tahun ini manakala Facebook pula daripada hanya tujuh tahun lalu kepada 51 kes tahun ini.

"Polis meminta orang ramai agar berhati-hati apabila membuat pembelian melalui laman web termasuk Mudah.my dan Facebook. Kita dapat lihat daripada segi statistik kes penipuan yang berlaku semakin meningkat," katanya di sini hari ini.
Berhubung penyelesaian kes penipuan yang berlaku, Azizan berkata, daripada 361 kes yang dilaporkan pada tahun lalu, 297 kes berjaya diselesaikan manakala 424 kes diselesaikan daripada 459 kes pada tahun ini.

Sementara itu, katanya, pihaknya semalam menyerbu sebuah premis di Kuantan yang disyaki terlibat dalam penipuan gores dan menang serta menahan empat lelaki berusia lingkungan 20-an.
Beliau berkata, pihaknya juga merampas beberapa barangan yang digunakan sindiket itu antaranya mesin pengurut, sistem teater rumah, tilam jade, buku fail katalog promosi, buku resit pelanggan dan kad cabutan bertuah.




"Modus operandi digunakan adalah ahli sindiket ini mendekati mangsa dan meminta mangsa membuka sekeping kad cabutan bertuah, mangsa selepas itu diperdaya apabila ditawarkan hadiah lumayan seperti kenderaan tetapi dikenakan syarat iaitu mangsa perlu membeli barangan mereka," katanya.
Menurutnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan, pelaku boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda. Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran barangan yang kononnya telah dimenangi sebaliknya segera mendapatkan nasihat pihak polis jika meragui tawaran itu.” 

Apa yang dapat dirumuskan melalui artikel ini adalah peningkatan kes tipuan melalui atas talian semakin lama semakin menjadi barah dalam masyarakat kita dan hal ini bukan saja menular bebas dalam negara kita sahaja tapi iannya menjadi satu isu global yang hangat diperdebatkan.

Selain daripada kes tipuan dalam peniagaan seperti di mudah.my terdapat juga kes tipuan yang melibatkan individu terhadap individu yang lain untuk mendapatkan wang secara mudah malahan terdapat kes dimana seorang perempuan diperdaya oileh rakan facebooknya untuk berjumpa disuatu tempat dan “rakannya” itu bertindak diluar jangkaan dengan melakukan cubaan untuk memperkosa perempuan tersebut.
Seterusnya, satu lagi contoh kes tipu yang berlaku di Kota Baharu, seorang guru wanita kerugian RM15,000 selepas dipercayai ditipu seorang kenalan melalui laman sosial Facebook. Hal ini dipercayai berlaku selepas guru wanita dari Taman Uda Murni, berkenalan dengan seorang lelaki yang dipercayai berasal dari Iraq. 

 Sebagaimana  yang kita ketahui, sememangnya ada peruntukan undang-undang jenayah bagi kes-kes seperti ini. Walhal dalam Kanun Keseksaan juga memperuntukan seksyen khusus bagi menangani masalah tipu ataupun “fraud” ini. Tetapi yang menjadi isu atau masalah adalah mengenai pelaksanaan secara efektif undang-undang yang sedia ada seperti Undang-Undang Jenayah Siber serta undang-undang yang sama waktu dengannya. Umum ketahui, CyberSecurity Malaysia adalah pusat pakar keselamatan siber nasional di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang mengendalikan Pusat Bantuan Cyber999 bagi membanteras jenayah siber.

Perkhidmatan Pusat Bantuan Cyber999 diwujudkan pada Julai lalu bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai serangan siber. Bagi tahun ini, sehingga akhir bulan lalu, lebih 700 aduan diterima oleh pusat bantuan tersebut.Sepanjang tahun lalu, CyberSecurity menerima sejumlah 3,564 kes laporan dengan 1,022 atau satu pertiga merupakan kes penipuan dan pemalsuan. Jelas Adli, pengguna Internet yang curiga dengan sebarang e-mel yang diterima boleh memaklumkannya kepada Pusat Bantuan Cyber999 dengan melayari laman web www.cybersecurity.my
Tuntasnya, masyarakat perlu mengambil langkah berjaga-jaga dalam berurusan mahupun berkenalan dengan seseorang melalui atas talian dan segera bertindak apabila sedar satu penipuan telah berlaku. 

FATHEEN HUSNA ABDULLAH




Facebook and Twitter: People’s Swords

In the presence of social networks, people are dumbfounded by its power of reaching the world without limitation. In other words, a borderless world where they could live as a different person from reality.  A boy can become a girl, a man can become a woman, a husband can become a single daddy and so on. These scenarios are continuingly happened because there is an easy and open way to do so. It’s just as simple as abc, by typing the address www.facebook.com or www.twitter.com and click to sign up button. An individual can make an account as to what they prefer. No restriction, no identity confirmation, no minimum requirements. It might have minimum requirements but there is no restriction. Turning around is possible without being caught.

However, why does it matter? There is an issue of identity of user but, it’s not the purpose of mentioning this so called ‘easy-method-of-impersonating’. The main issue here is the reason of making fake account and how it affects Malaysians. I would like to address the words of ‘defamation and freedom of expression’. Facebook and twitter are not the only social networks in the world, but here in Malaysia, Facebook and Twitter are rated as the most top social network fields that have been using widely by Malaysians!

Every word posted in the Facebook and Twitter can be viewed by thousands of people in any minutes. It’s the fastest way of spreading.

Someone could have been making a fake account to defame others.

Facebook and Twitter have become people’s swords with their own functions to share, to tag and to update status and so on. People openly express their opinions and criticisms. Emotions run high sometimes and that spontaneous compulsion in people to say something really mean about someone else or to make up stories which do not even exists about someone else can be very real. However, the effects come afterwards may shake up the title of ‘harmony and peaceful multiracial country in the world’ especially when the social network fields have become a part of internal war.

In cyber law, it may result in big legal problem under section 499-502 of Malaysian Penal Code (MPC) and section 233 of Communication and Multimedia Act 1998, which people who involve in defamation can be punished under these sections. Those who are convicted for defamation may have either two years imprisonment or compound or both.

Common thing to do in every single day is not easy to stop. Even though there is law to control cyber-crimes, the rates of cybercrimes extraordinarily increase. Whose fault is this? It’s ours.



Farah Hannan binti Ahmad Sanusi



Wednesday, 11 December 2013

Apa itu Jenayah Siber?



Jenayah Siber? Isu ini bukanlah isu yang baru timbul dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara kita. Isu ini sebenarnya telah lama diperkatakan, terutamanya selepas pelancaran Koridor Raya Multimedia. Sejak meluasnya penggunaan teknologi internet, segala perkembangan mengenai komputer khususnya era siber semakin mendapat perhatian dan diterbitkan melalui laman-laman web. Antara isu yang klise yang ada adalah kemunculan penjenayah siber yang dikenali sebagai 'hacker'. Kini kita dapat lihat golongan penceroboh komputer ini semakin aktif melaksanakan 'kerja' mereka menerusi siber. 


Kevin Mitnick, hacker US pada tahun 1995
Sumber Gambar : Google



Terdapat pelbagai kategori jenayah siber. Secara menyeluruh, jenayah siber dapat dibahagikan kepada 1. Jenayah Siber terhadap harta benda
2. Jenayah Siber terhadap manusia
3. Jenayah Siber terhadap siber.

1. Jenayah Siber terhadap harta benda

a) Curi
-Jenayah ini melibatkan penjenayah terlibat dengan jenayah curi maklumat, curi wang, curi harta dan juga curi perkhidmatan. Jenayah curi jenis ini adalah sama dari segi konsepnya dengan jenayah curi yang dilakukan secara biasa. Perbezaannya hanya pada pendekatan dimana pencuri di alam siber melakukan aktiviti mencuri menggunakan pendekatan yang tidak nampak

b) Tipuan
-Bagi jenayah siber kategori ini pula penjenayah menggunakan kenyataan palsu dan juga salahnyataan bagi memujuk mangsa untuk berpisah daripada hartanya atau lain-lain barang berharga secara sukarela. Perlakuan jenayah sebegini seringkali berlaku di alam siber melalui internet dalam bentuk sistem piramid atau pemasaran pelbagai peringkat, peluang perniagaan atau francais, lelongan, jualan besar-besaran, tawaran kad kredit, pinjaman pendahuluan dan juga peluang pekerjaan. Melalui medium ini, penjenayah menggunakan internet bagi menyampaikan kenyataan palsu kepada mangsa, kenyataan itu kemudiannya dikomunikasikan melalui laman web atau di e-mel terus kepada si mangsa.

c) Pemalsuan
-Jenayah siber pemalsuan di alam siber ini juga bermaksud  dengan niat meminda sesuatu dokumen dan/atau dengan niat menggunakan dokumen yang dipinda bagi tujuan memperdaya seseorang. Penjenayah siber tersebut boleh menggunakan komputer bagi meminda atau mencipta dokumen bertulis atau dokumen elektronik yang palsu yang disiarkan di laman web biasanya.

d) Khianat
-Jenayah siber khianat ini termasuk lah virus komputer, vandalisma siber, pencerobohan jenayah(cyber trespass), rompakan dan yang seangkatan dengannya.

2. Jenayah Siber terhadap Manusia

a) Pengedaran Bahan-bahan lucah
-Seperti yang kita semua tahu, isi kandungan laman web yang paling popular di internet adalah melibatkan paparan bahan-bahan lucah sama ada dalam bentuk gambar, kesan bunyi, filem animasi mahupun cerita seksual. Bahan-bahan ini mudah didapati dan kadangkala tiada sekatan langsung untuk pengguna memperoleh bahan-bahan lucah tersebut. 

b) Aktiviti Pornografi
-Selain daripada pornografi sebagai bahan lucah, kegiatan pornografi itu sendiri merupakan kesalahan jenayah. Sebagai contoh, kegiatan pornografi yang kerap berlaku adalah persetubuhan haram, seks dengan kanak-kanak, kegiatan lesbian dan juga homoseksual serta kegiatan seks manusia dengan haiwan. Permasalahan pornografi yang melibatkan internet ini sebenarnya menimbulkan sedikit masalah kerana sifat internet itu sendiri yang tidak bersempadanan menyebabkan ketidakpastian sama ada ia menjadi satu kesalahan jenayah ataupun tidak. Jadi kita dapat lihat ada sedikit kesukaran dalam membuktikan jenayah pornografi ini menerusi alam siber.

c)Pemburuan siber(cyber-stalking)
-Aktiviti ini sudah menjadi trend dalam era globalisasi masa kini. Tidak dinafikan, ramai antara kita yang melakukan aktiviti ini yang kita tidak tahu bahawa ianya merupakan salah satu daripada jenayah siber. Apa yang lebih teruk, ia mengganggu kehidupan seseorang dengan cara mengugut atau menakut-nakutkan mangsa. Disini kita dapat lihat terdapat tujuan yang tidak baik.

d)Gangguan siber
- Perbuatan gangguan siber ini boleh dilakukan dengan menghantar mesej seperti gambar-gambar lucah dan juga mesej-mesej yang boleh menyebabkan si penerima mesej terganggu. Gangguan seperti ini dikomunikasikan melalui e-mel, penggunaan laman web dan juga dalam ruangan sembang )chat program).


Jenayah dan Statut Tradisional yang Relevan bagi Mengawal Jenayah Siber.

1. Jenayah Menakutkan Secara Jenayah 
- Seksyen 503 Kanun Kesiksaan

2. Jenayah Khabar Angin / Kenyataan Khianat 
- Seksyen 505 Kanun Kesiksaan
-  Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
  • berita penyebaran tentang kemungkinan berlakunya rusuhan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur    dan ianya tersebar luas dan hampir kesemua pemilik komputer yang mempunya e-mel telah menerima berita tersebut 
3.  Jenayah Fitnah
- Seksyen 499-502 Kanun Kesiksaan
- Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

4. Jenayah Gangguan Seksual
- Seksyen 354 & Seksyen 509 Kanun Kesiksaan

5. Jenayah Pornografi
- Seksyen 292, Seksyen 372-377 Kanun Kesiksaan 
- Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973
- Seksyen 2 & Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 
- Seksyen 21 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997

 



Sumber : Jenayah Berkaitan Dengan Komputer Perspektif Undang-undang Malaysia
               Anita Abdul Rahim & Nazura Abdul Manap 


Ditulis oleh : Nur Amalina Binti Ahmad Nazeri

Monday, 9 December 2013

JENAYAH SIBER : SUATU PENYAKIT


“Laporan Ancaman Keselamatan Sophos 2013 yang berpangkalan di Amerika Syarikat dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini telah melaporkan betapa Malaysia berada di tangga keenam  dunia sebagai sebuah negara yang berisiko tinggi terdedah kepada ancaman jenayah siber”


“Sepanjang Januari hingga Jun 2013, sebanyak lebih 5592 telah dilaporkan kepada CyberSecurity yang melibatkan jenayah siber dalam kalangan pengguna internet. Jumlah ini dijangka akan terus meningkat berdasarkan trend penggunaan internet dalam kalangan rakyat Malaysia.”


“Jenayah siber kian meningkat sehingga 88 peratus pada 2012, berbanding hanya 8090 kes pada tahun 2011. Ini hanya kes dilaporkan, namun masih ada banyak lagi kes jenayah siber belum dilaporkan kepada pihak berkuasa yang memantau kes ini.”


Laporan-laporan diatas telah memperlihatkan bagaimana Jenayah Siber kian menjadi suatu perkara yang serius dan membimbangkan dalam kalangan masyarakat. Malahan, sekiranya ianya tidak diatasi dengan sebaik mungkin, ia bakal mengganggu-gugat kestabilan sesebuah negara bilamana jenayah era baru ini menjadi liabiliti terhadap imej negara tersebut. Bayangkan, apabila dilabelkan sebagai sebuah negara yang bermasalah dari segi jenayah siber bilamana berleluasanya penipuan atas talian, pencerobohan, spam dan sebagainya, sudah semestinya imej negara tersebut tercemar dan bakal menyebabkan hilangnya kredibiliti negara tersebut.

Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan Jenayah Siber ini? Jenayah Siber merupakan perlakuan jenayah dan perlanggaran undang-undang yang menggunakan komputer melalui aplikasi internet . Antara contoh jenayah siber adalah penipuan, pengubahsuaian ke atas data, kecurian maklumat, capaian tanpa kuasa, pengintipan, judi siber, penyebaran virus dan penggodaman. Ini adalah antara contoh-contoh jenayah siber yang sering kita dengari terjadi dalam kalangan  masyarakat dan pengguna internet di Malaysia.

Dalam membicarakan isu ini, jenayah siber dikatakan sebagai suatu penyakit melihatkan kepada kewujudan impak negatif akibat daripada perlakuan jenayah ini. Kita perlu sedia maklum betapa jenayah siber ini merupakan suatu bentuk jenayah era baru yang berkembang dan berubah dan mengikut peredaran masa. Bagaimana berkembngnya jenayah siber ini, begitulah juga kesannya. Jika dahulu, impak negatifnya hanyalah kepada individu yang melibatkan pencerobohan maklumat peribadi , namun pada hari ini, ia kian berkembang sehinggalah memberi kesan kepada institusi kewangan dalam isu penipuan perbankan dan juga sesebuah Negara seperti kebocoran maklumat dalaman akibat pencerobohan. Perkara ini memperlihatkan bagaimana jenayah siber sebenarnya sebuah penyakit ibarat sebuah luka yang bakal menjadi barah seandainya tidak dirawat dengan sebaik mungkin.

Maka, dalam blog ini, akan diperlihatkan contoh-contoh jenayah siber dan bagaimana ianya memberi impak negatif sehingga dianggap sebagai suatu penyakit. Malahan, kita juga akan melihat bagaiman penyakit ini mampu dirawati melalui kerjasama individu. masyarakat, kerajaan, badan bukan kerajaan dan juga melalui kewujudan undang-undang yang berkaitan.


                                                                                              

                                                                                                            -Mohamad Azlan Bin Basri-