Dalam
mencari penyelesaian melibatkan isu jenayah siber ini, perlu diingat betapa
tiada suatu cara yang mutlak bagi mengatasi masalah ini secara total. Hal ini
kerana, jenayah siber ini merupakan suatu perkara yang tidak boleh diramal, ia
merupakan sebuah jenayah era baru yang berkembang dan berevolusi seiring dengan
perkembangan dunia teknologi. Jadi, apa yang boleh dilakukan adalah mencari
suatu jalan bagi mengurangkan kadar jenayah siber dan mengurangkan impak
negatifnya terhadap mangsa-mangsa jenayah siber ini. Dalam merealisasikan
perkara ini, usaha daripada satu pihak sahaja tidak cukup, sebaliknya kita
memerlukan gabungan tenaga dari pihak yang pelbagai dengan menggunakan metod
yang bervariasi bagi menghadapi permasalahan jenayah siber ini. Antara cara
menghadapi permasalahan ini adalah dengan mewujudkan undang-undang dan
undang-undang ini perlu disokong oleh pihak-pihak tertentu terutamanya daripada
pihak masyarakat, kerajaan dan juga badan bukan kerajaan.
UNDANG-UNDANG
Dalam mengatasi masalah jenayah siber ini,
antara jalan penyelesaian utama adalah dengan menggunakan undang-undang sebagai
garis panduan dan bertujuan untuk mengawal sebarang pelanggaran terhadap garis
panduan yang telah ditetapkan. Sekiranya, masih berlaku perlanggrana maka
pesalah akan menerima hukuman yang berbentuk denda mahupun hukuman penjara.
Bilamana, pesalah tersebut menerima hukumannya, ianya secara tidak langsung
mampu memberi kesedaran kepada masyarakat untuk tidak mengulang kembali
kesilapan yang sama. Maka, untuk mengatasi permasalah jenayah siber ini,
beberapa undang-undang telah digubal seperti Akta Komunikasi dan Multimedia
1998, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998, Akta Tandatangan Digital
1997, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Teleperubatan 1997 dan juga Akta Hak
Cipta. Undang-undang yang pelbagai ini adalah perlu bagi menghadapi jenayah
siber yang luas sifatnya dan merangkumi pelbagai bentuk dan cara.
BADAN KERAJAAN
BADAN KERAJAAN
Kerajaan juga memainkan peranan penting
dalam mengatasi masalah jenayah siber ini. Antara usaha yang telah dilaksanakan
adalah dengan mewujudkan agensi khas seperti Cyber Security yang merupakan
salah satu agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Cyber
security telah menjalankan pelbagai usaha bagi menghadapi permasalahan
melibatkan jenayah siber ini, antaranya adalah Cyber999 yang merupakan
perkhidmatan yang memudahkan laporan dibuat oleh pengguna apabila berhadapan
masalah dari segi siber seperti gangguan, pencerobohan dan penipuan. Malahan,
Cyber Security turut melaksanakan pelbagai usaha-usaha lain seperti 1Malaysia
Cyber Security Clinic, Cyberguru: Information Security Professional Training,
MyCert dan sebagainya. Usaha-usaha ini adalah penting daslam usaha memberi
kesedaran dan engetahuan kepada para pengguna dan masyarakat mengenai jenayah
siber dan cara mengatasi permasalahan tersebut.
BADAN BUKAN KERAJAAN
BADAN BUKAN KERAJAAN
Kewujudan undang-undang dan usaha dari pihak kerajaan sahaja tidak mencukupi bagi menghadapi isu jenayah siber ini, sebaliknya ia juga memerlukan kerjasama badan bukan kerajaan tidak kiralah pihak NGO, organisasi-organisasi, pihak media mahupun masyarakat secara keseluruhannya. Hal ini kerana, pemahaman dan pengetahuan rakyat mengenai jenayah siber ini perlu dibentuk agar mereka mengetahui hak mereka selain mengetahui kesalahan-kesalahan yang wujud ketika mengendalikan alam maya.
Antara usaha yang dapat dilihat yang
dilaksanakan oleh badan bukankerajaan adalah usaha dari syarikat perisian
keselamatan, Trend Micro Incorporated, yang telah melancarkan inisiatif
kemasyarakatan keselamatan Internet, - ‘Trend Family’, bertujuan mendidik
keluarga, belia dan kanak-kanak di Malaysia untuk melindungi kehidupan digital
mereka. Hal ini adalah sejajar dengan
agenda kebangsaan untuk mempromosi keselamatan siber dan amalan selamat dalam
alam maya, Trend Micro, bekerjasama dengan Cyber Security Malaysia (CSM) dan
International Telecommunications Union’s International Multilateral Partnership
Against Cyber Threats (ITU-IMPACT) untuk mendekati rakyat mewujudkan pengalaman
digital lebih selamat. ‘Trend Family’ adalah sebuah keluarga maya terdiri
daripada kehidupan sebenar rakyat Malaysia yang berkongsi pengalaman peribadi
di siber yang berkongsi panduan mengenai perlindungan kehidupan digital peribadi,
ahli keluarga menerusi perkongsian acara dan seminar sama ada dalam bentuk
artikel, blog dan media sosial.
Selain itu, pihak media juga turut
memainkan peranan penting dalam memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai
jenayah siber dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, Berita Harian telah
dilantik sebagai Rakan Kempen Jenayah Siber bersama 10 agensi lain menerusi
inisiatif yang dilancarkan Universiti Lim Kok Wing. Hal ini membolehkan pihak
akhbar sebegini lebih focus dalam memberikan maklumat berkaitan jenayah siber
ini.
Kesimpulannya, undang-undang tidak mampu
bergerak sendiri tanpa dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan, dan dasar ini
tidak akan berjaya tanpa penglibatan dan penerimaan oleh mesyarakat. Maka,
ketiga-tiga perkara ini perlu bergerak seiring untuk mengatasi masalah jenayah
siber ini.
MohamadAzlan Basri